Thursday, March 8, 2012

Jalan-jalan laut 2011

Assalamualaikum !

AH CAI : huh ! balu mau mencecah masuk disini haa??. haiyo. lama talak update ini belog woo. cakap sama itu audien mau update belog laa. satu enteli (entry), satu hali laa. itu laa, ini laa.. mana. ? manyak tipu la kawan.

AKU : aiyo acai aa. gua sekalang manyak sibuk woo. gua sikalang suda kerja maa~. tarak dok diam2  lah.. macam-macam ada buat. sorry la kawan nanti aku update haaaa....


HAHAHA. seronok pulok tengok dialog kat ataih tuh. situasi tu sebenarnye betoi2 berlaku, tapi bukan sama itu ahcai lah, Ahcai tu watak rekaan semata-mata. tapi watak sebenar tu ade.

Anyway, time cuti-citu hujung bulan 12 aritu(xde mase nak update le), aku with my classmate pergi bercuti. tapi setakat ni aku baru pergi tempat dekat-dekatlah sebab semua perbelanjaan adalah sendirian berhad, tapi kalau nak tengok gambar2 aku bercuti kat jepon kaa, kat london kaa, tunggu aku jadi duta kat sane ahh. HAHAHAHAHAHa !(GELAK BESOR)

moh kite tengok gambar awesome kami ! yeah !!


OK, kami bercuti tak jauh pun, just dekat Lumut, dan Pulau Pangkor,Perak. aku dengan classmates pergi 3 hari 23/12 - 25/12. Kami sudah plan trip ni lame dah. DUA TAHUN LEPAS !!(maklum sekarang da 2012, saje kasi gempak) macam-macam dugaan timbul tak diduga tapi semua dugaan tu ditepis oleh kami ! yeah !(macam sasterawan la plak)
masa tunggu semua member trip datang. tup tup. ada masalah pertama. kami sewa van untuk pergi sana. Van pertama perfect. tapi van kedua pulak masalah.

So, kami terpaksa buat dua trip. first trip gerak pagi and second trip gerak petang.*tunggu sampai van siap. jenuh2. Yang trip pertama sudah dapt mandi laut. kami still landing kat rumah tengok citer Power Ranger. cehh~


Sampai sane kami terus ke pekan Lumut. Elok plak Time tu ade funfair kat tepi laut tu. Macam dah tau kami nak datang. Kiranya pembukaan cuti-cuti Malaysia kami lah.*perasan kejap. :D

Selepas seronok kat funfair tu, kami hang-out kat kawasan jeti Lumut tu. Tempat tu cantik jugak. Boleh lah buat tourist macam kami ni tangkap gambar sket2. Maklumlah bajet rendah. kalau xde aral lintang tahun depan kami bercuti kat London kot. baru ade class ! *perasan lagi :)
  
Haa.. ni tiga jejaka berangan nak jadi model iklan gigi tahun depan nih. yang sorang tu dah dapat dah. Dua orang lagi dalam proses sain kontrak. semua dari syarikat obat gigi Cap Kapak dan Penukul. HAHAHA .dari kiri, Yen, Syuib,Enal. 

Boys and Girls on Camera.

Keesokan hari, plan kami nak jelajah satu Pulau Pangkor. ! yeyeaHH !
Tempat kami menginap pon tak berapa jauh dari jeti. So, dengan senang hati kami bertolak ke Pangkor Island. Mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Tambang bot RM10 = seorang.

Turun boat pun dah macam tourist dari London plak. Ada orng tunggu nak snap gambar kami. HAHA. Apape pun thanks to Syuib yang rela hati jadi photographer sepenuh masa kami dari datang sampai balik kami.



Dah macam jakun je sampai2 je kat jeti tu. Maklum lah duduk tengah2 hutan belantara.

Kat sana, teksi dah sedia menunggu kat jeti. So, tak payah nak cari2 lagi warna and pattern teksi pun mudah nak kenal Semua warna PINK !! jambu jambu. Tambang pusing satu Pulau RM 80 = 1 teksi. 
First destination kami di Kota Belanda. Time ni hujan mula turun. Ape kisoh kan? ujan je pon bukan api pon ye dak? *terkeluar loghat KUALA KANGSAR :P

One of my valuable picture.

Next, Taman Fu Ling Kong.

Semua pakat dok posing maut punye.


"Marilah kita sama-sama menjaga gigi agar kehidupan yang lebih sempurna".  dari model gigi sihat.

Next stop, Teluk Nipah. yeah ! Pantai !!!

Dah sampai kat Teluk Nipah, memang rugi kalau tak join aktiviti Snorkeling ! Kat sini ada satu port snorkeling baik punya. Tempat tu panggil Pulau Giam. Kat pulau tu banyak coloured fish berlegar2 kat situ. Best2 ! :D




Khaa ! ni Tok Durga nak habaq. Kalau hangpa mai Pulau Pangkoq, tapi tak mai snorkeling kat sini, hangpa semua rugi-rugiii... besaq !


One of the perfect picture. Zohel on the Boat.

Selesai pusing satu pulau, selesai berlegar. ayuh pulang. Dah macam pendatang asing seludup masuk Malaysia. *gambar tidak edit. Jangan nak belagak kau putih Shakrinal ! HAHAHA

Sampai je kubang kami, perut dah buat function pulak. lapar giler. dari pagi lapik perut ngan roti bun and air mineral ja. nasib baik pihak pengurusan trip kami dah sediakan BBQ mlm tuh.. memang MELANTOK SAKAN LERR..  

Banyak sangat kamera sampai tak layan kamera aku. cehh~

Next plan. Teluk Batik. yee.. Pantai lagii... :)
yeahh ! aktiviti pertama main volleyball pantai. ye2. SANGAT SERONOK ! selalu ye main atas simen je *bkn slalu pun. Memang tak puas main volleyball ni.


INI DIA ! salah satu pemain terbaik masa tuh ! HAHAHA.

Second activity : Banana Boat 
cost: RM5/seorang

Khahahaha ! Sekarang Tok Durga sudah dapat dua anak buah. Hangpa yang nak jadi orang bawah Tok buleh lah buat permintaan kat ruang komen bawah nu naa~ XD

Pelik Tapi Benar.

Last game : tak tau panggil apa. tapi lagi best dari Banana Boat
cost: RM10/seorang

OK, sudah. 
masa untuk pulang. 

Sebelum pulang KUALA KANGSAR, kami tukar plan dari terus balik KK ke hang-out kat IPOH dulu. just makan-makan, lepak-lepak sambil hayati keindahan malam di Ipoh.


Inilah salah satu trip paling best so far sebab ini geng gila. Penat gelak and penat marah Salleh jer. Banyak hal terjadi tapi entri ini dah panjang sangaaat. Oh Traveller's Tips in future maybe? *start writing *publish 2months later *spank self

11 comments: