Yaa~ selamat berpuasa semua...( puasa kew??) ..haha~ just joking ... yang berpuasa tu teruskan lah ye. Yang tak puasa ni pulak, umm... cubalah berpuasa tu..takkan nak biarkan pahala tu flow~ macam tuh je?? betul tak ? humm, belajar-belajar lah puasa okay. walaupun separuh hari. itu sudah dikira niat kita untuk cuba berpuasa tau. haa~
okay. picture ni di'snap' bukan bulan puasa okay..harap maklum.
cerita yang nak di cerita ni sambungan dari entri yang lepas (memori jumpa balik) mula puasa ketika umur 7 tahun. Itu pun separuh hari. Alasan aku kasi "tak larat, rasa nak mati". Hehehe.Bila dah masuk darjah 1 ni, ayah pesan puasa biar penuh & janji nak beri duit raya banyak-banyak. Dengar duit raya banyak, dengan penuh bersungguh cakap " yess, tahun ni nak puasa penuh". Dalam nak capai target puasa penuh, ada juga yang tertinggal.ambil karipap satu tapi terkantoi dengan mak.
Nak tahu macam mana aku makan curi-curi n terkantoi?..
aku beri sebab "bukan salah kita nak makan karipap tu,
tapi karipap tu sruh kita makan dia sebab dia bosan duduk dalam bekas je"
sambil kunyah karipap.(pekk ! satu hayunan manja kena pada tangan yang memegang karipap yang tinggal separuh)
Lepas kejadian tu, mak aku simpan makanan kat rak paling atas.
Kesian perut kat aku. Tak boleh nak makan.
haha. cerita tu pasal ponteng puasa. yang ni pulak time sahur. bila umi kejutkan, selalu jawab 'okay sat lagi turun lah' atau ' 5 minit lagi'..kadang -kadang tu bunyi 'ummm..' je. tapi bila dengar suara ayah. dengan serta merta seperti kene shocking elektrik. terus bangun. turun makan.
ade sekali tu, sudah turun nak makan, tengah mate tak buleh bukak tu, godek2 lauk bubuh 'sup' dalam pinggan. tetiba masuk mulut je rase macam nak meletup mulut aku nie. pedaasss woo !! rupe-rupe lauk yang diingatkan 'sup' rupenye SAMBAL BELACAN ! hahaha~ tak pasal2 merah mata menangis !
nak diceritakan pasal pengalaman. memang banyak . tak terkira woo. itu yang aku still ingat, kalau yang dah lupe tuh.. wallahuallam je lah. :P
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment